Kehidupan dan karier Grant_Gustin

Gustin dilahirkan di Norfolk, Virginia. Dia adalah anak Dr. Tina Haney, seorang jururawat pediatrik, dan Tom Gustin.[2][3] Semasa di sekolah menengah, Grant menghadiri program Governor's School for the Arts di Norfolk, Virginia bagi teater muzikal. Dia juga pergi ke Hurrah Players Incorporated yang merupakan satu organisasi teater di Virgina. Pada 2008, dia menamatkan pengajian dari Granby High School dan meneruskan pengajian Program Teater Muzik BFA di Elon University di California Utara selama dua tahun.[4]

Gustin di 2015 Kids' Choice Awards pada 2015.

Dia meninggalkan pengajian untuk memegang watak Baby John dalam Jelajah Hidup Semula Broadway West Side Story, dan membuat persembahan dalam jelajah itu sejak pembukaannya pada 30 September 2010 hingga 23 September 2011.[4][5][6]

Pada 8 November 2011, dia debut siri TV Glee sebagai Sebastian Smythe, seorang ahli Dalton Academy Warblers yang menjadi gay secara terbuka.[4] Gustin berjaya mendapat watak Sebastian yang berulang-ulang, satu watak yang melakukan persetubuhan secara rambang dan licik, selepas pencarian bintang yang berminggu-minggu dan meletihkan. Pada awalnya dia mengambil ujibakat bagi watak penari tap, tetapi tidak mendapat bahagian itu. Bagaimana pun, Ryan Murphy sentiasa mengingatinya.[7] Penggambaran wataknya itu bermula pada awal hari Isnin 26 September 2011, selepas menamatkan pertunjukan West Side Story terakhirnya pada malam Jumaat sebelumnya.[8]

Gustin memulakan penggambaran A Mother's Nightmare, filem asal jaringan Lifetime pada hujung Mei 2012. Projek itu juga membariskan aktres-aktres Annabeth Gish dan Jessica Lowndes, dan dijalankan di Canada.[9] Pada 11 Julai 2012, diumumkan bahawa Gustin akan memegang watak utama dalam filem bebas Affluenza.[10]

Pada 13 September 2013, diumumkan bahawa Gustin akan memegang watak Barry Allen dalam musim kedua Arrow. Pada awalnya dia sepatutnya muncul dalam tiga episod, yang terakhir menjadi 'juruterbang pintu belakang' bagi spin-off yang berpotensi, siri The Flash.[11] However, the backdoor pilot plan was dropped in favor of a stand-alone pilot, titled The Flash.[12] 'Juruterbang' itu disambung dengan susunan awal 13 episod, dan tayangan perdana siri itu adalah pada 7 Oktober 2014, dengan jumlah penonton 4.8 juta orang, terbanyak bagi sebuah tayangan perdana di The CW dalam lima tahun.[13][14] Dua minggu kemudian, saluran itu meningkatkan tahap episod itu kepada satu musim penuh 23 episod.[15] Pada 11 Januari 2015, rancangan itu diperbaharui untuk musim kedua.[16]

Rujukan

WikiPedia: Grant_Gustin http://broadwayworld.com/article/WEST_SIDE_STORY_T... http://www.cbs.com/shows/supergirl/news/1005037/th... http://www.deadline.com/2013/11/cws-the-flash-to-d... http://insidetv.ew.com/2014/10/21/the-flash-full-s... http://www.ew.com/2015/03/03/saturn-awards-captain... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://hamptonroads.com/2011/10/norfolk-actor-land... http://hamptonroads.com/2012/01/more-glee-time-nor... http://hollywoodreporter.com/live-feed/glees-grant... http://www.hollywoodreporter.com/live-feed/glee-gr...